“Hanya mereka yang mengalami saja tahu” – Hafiz Suip

Penyanyi Hafiz Suip menyarankan khalayak diluar sana agar menjaga tulang belakang dengan baik agar tidak mengalami kecede eraan seperti dirinya.

Hafiz atau nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip, 29, mengalami masalah sak it tulang belakang atau ‘slipped disc’ sejak 2015 akui dia rasa sangat terkesan dengan apa yang dialaminya.

“Saranan saya jagalah kesihatan dan jagalah elok-elok tulang belakang anda. Hanya mereka yang mengalami masalah ini sahaja tahu kes akitan yang dirasai.

“Masalah slip disc ini boleh berlaku jika kita tidak berhati-hati. Tengah naik tangga pun boleh kena. Saya sendiri mendapat sa kit ini kerana bermain futsal,” cerita Hafiz.

Tambahnya, dia ada menjalani rawatan fisioterapi dengan melakukan senaman renggangan ringan.

“Selain menjalani pemeriksaan doktor dan melakukan rawatan fisioterapi, saya juga perlu mengurangkan berat badan kerana tulang belakang saya tidak kuat untuk menampung jika berat badan berlebihan.

“Sebab itu saya semakin kurus. Bukan sebab sakit atau kena buatan seperti yang diperkatakan orang,” jelas Hafiz.

Bercerita tentang perkembangan terbaharu, Hafiz yang kini popular dengan single duet bersama Adira menerusi lagu Takdir Tercipta akui gembira karya tersebut mendapat sambutan hangat.

“Dah empat tahun saya tidak bekerjasama dengan Adira. Bila dapat tahu akan berduet dengannya, saya rasa gembira dan teruja kerana kami memang serasi.

“Lagu Takdir Tercipta adalah single duet ketiga saya bersama Adira selepas Ombak Rindu dan Untuk Cinta.

“Menariknya, jarak setiap lagu adalah empat tahun. Semua ini adalah kebetulan dan bukan disengajakan.

“Saya ingin berterima kasih kepada Nova Music kerana menyatukan saya kembali dengan Adira. Terima kasih juga kepada peminat yang terus menyokong lagu nyanyian saya dan Adira,” kata Hafiz tentang lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali ini.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: urtv