Si Kecik Conteng Drawer, Mak-Mak Jangan Risau,Ada Cara Boleh Settle

Perkara biasa sebenarnya bila anak tunjuk kreatif  hasil seni di dinding dan barang perabot rumah.

Jangan marah dulu sebab benda boleh settle, sebenarnya.

Yang penting,Mak -Mak kena kreatif bab DIY ni .

Nak pujuk hati bagi hilangkan rasa marah, mak-mak boleh guna idea yang dikongsi oleh Puan Lailatul Hilalliah

Mesti tak percaya bila tengok hasilnya. Guna bahan murah saja!

Jom, DIY Drawer Yang Diconteng

Cerita asalnya, sebelum kejadian anak lelakinya yang digelar Qaqal menghasilkan seni lukis kat drawer rast ikea mamanya.

muka tak bersalah

Haa… tengok lah suspek kejadian siap buat muka tak bersalah. 

Nak marah pun tak sampai hati. Betul tak?

DIY loker

Tadaaaa…ni hasil setelah siap, hitam-hitam si tampok manggis tau. 

DIY loker

Macam mewah kan, tetapi sebenarnya guna barang murah saja. Spray flat black Mr. Diy and Platinum paint marker beli kat daiso.

DIY loker

Coffee table pun jd mangsa. Sebelum ni kaler pink hijau.

DIY loker

Haaa… inilah dia gambar sebelum dan selepas.

 
Cubalah!

 

Sumber