14 Fakta Menarik Mengenai Naqiu Boboy Gegar Vaganza 6

Biodata>

Nama Penuh : Wan Naqiuddin bin Wan Najib

Nama Popular : Naqiu

Umur : 33 tahun (2019)

Keluarga : Berkahwin pada tahun 2010 dengan kekasih hati,Hani dan kini punyai 5 orang anak.

Album Kumpulan Boboy : Episod Cinta (2001), Antara Remaja Dan Dewasa (2003), Masih Mencari (2005)

Media sosial : Instagram@thisisnaqiu, Instagram @sixyearsboboy_official , Instagram Fans @Naqiurious

 

Menarik Tentang Naqiu Boboy

1.Naqiu mula bergiat dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Bakat nyanyian terserlah apabila menjadi Juara Pertandingan Karaoke di Johor pada tahun 2000.

2.Beliau merupakan vokalis kumpulan Boboy dimana kumpulan ini pernah mendapat tempat di kalangan peminat terutamanya wanita kerana suaranya mirip suara vokalis New Boyz, Tomok dan memang tidak dinafikan kumpulan ini mempunyai rupa paras yang begitu kacak.

3.Pada tahun 2001 adalah zaman kegemilangan kumpulan ini dengan album Episod Cinta yang laris di pasaran sebanyak 30,000 unit edaran NSR Records.

4.Pada kegemilangan Boboy, mereka giat membuat persembahan seluruh negara sehingga 405 kali persembahan sehari.

5.Boboy mampu sebaris dengan kumpulan yang popular pada waktu itu seperti New Boyz. Q-Face, Spin. Antz, Elyana, Diamond.

6.Boboy dianggotai oleh Shah Azrizal Kamarulzaman (Shah / gitar), Mohd Muzaffar Nordian (Muz / gitar kedua), Mohd Addinan Azmi (Didie / bass) dan Aris Fahmi Zulkifli (Acik / dram) dimana mereka sekarang ini digelar otai dalam bidang industri hiburan. 

7.Boboyjuga menceburkan diri dalam bidang lakonan dalam telefilem Boboy The Movie, 2001.

8.Selepas menyepi dari dunia seni, Naqiu meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dengan menyanyi di kelab malam.

 9.Mengakui banyak belajar mengenai perihal muzik, termasuk cara nyanyian yang betul ketika menyanyi di kelab kerana di kelab memerlukan beliau membawa pelbagai genre muzik.

10.Naqiu bersama tiga lagi anggota asal kumpulan Boboy pernah muncul dengan single baharu berjudul Hukum Aku menggunakan nama kumpulan Six Years.

11. Mungkin kerana tidak menggunakan nama Boboy, single tersebut tidak mendapat perhatian malah tidak dimainkan di stesen radio tempatan. 

12.Telah berkahwin dan mempunyai lima orang cahayamata.

13. Kini kemuncalan Naqiu Boboy secara solo dalam rancangan realiti Gegar Vaganza amat ditunggu-tunggu oleh peminat.

 14.Berbekalkan pengalaman sebagai artis berkumpulan dan menyanyi di kelab malam selama lebih 10 tahun, Naqiu diramal bakal Juara bagi GV musim 6.

 

 

 

Kredit:Putih Melati,BH