Meski dipujuk, Iskandar Spring tekad bersara

“SAYA tak pernah berselisih faham dengan anggota Spring sebaliknya ada masalah gout yang menyukarkan pergerakan sebagai pemain gitar,” kata Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail, 50, mengulas pengundurannya daripada kumpulan terbabit.

Iskandar enggan menge cewakan peminat dengan menyatakan persetujuan tetapi akhirnya menarik diri kerana diserang penya kit itu.

“Bayangkan kalau saya masih aktif, deposit sudah ambil tetapi apabila sampai masa saya diserang gout dan tak boleh beraksi.

“Penyakit ini datang tiba-tiba tanpa isyarat. Contohnya malam ini saya tidur elok sahaja tetapi esoknya tak boleh bangun kerana kaki sakit.

“Saya tak nak peminat kata yang bukan-bukan pula terhadap Spring. Selain itu, faktor usia juga menjadi penyebab untuk saya bersara daripada bidang seni,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, Ameng bersama anggota lain iaitu Zahar (gitar), Empy (bass) dan Acong (dram) ada memujuknya namun dia tetap dengan pendirian mahu bersara.

“Macam mana saya nak petik gitar dalam keadaan tangan yang bengkak? Tak dinafikan sesekali saya main juga gitar di rumah untuk melepaskan gian tetapi tidak bermakna saya mahu aktif semula.

“Saya petik gitar sekitar 15 minit dan selepas itu kena berhenti kerana tangan berasa lenguh,” katanya sambil menunjukkan bahagian tangan kanannya yang membengkak.

Menurut Iskandar, penyakit itu sangat memeritkan malah sudah 10 tahun dia solat atas kerusi.

“Saya tak boleh sujud dan duduk antara dua tahiyat kerana lutut sakit serta tidak boleh bengkok.

“Sakit ini menangkap sendi dan menyukarkan pergerakan saya,” katanya.

Iskandar berkata, cukuplah dia melalui pengalaman bergelar anak seni dan berbangga dengan pencapaian hebat yang pernah diraih bersama kumpulan Spring.

“Allah sudah bagi saya rasa gembira apabila album Bourgenvilla yang diterbitkan pada 1994 mele tup. Kami kemudian jatuh tapi naik semula dengan album Luahan pada 1997.

“Dua kali Spring berada di tangga teratas dan rasanya kumpulan lain pun gagal capai apa yang kami dapat,” katanya.