“Keputusan ini sudah cukup untuk membersihkan nama saya. Alhamdulillah,”- Syafie Naswip kini lega

PELAKON Syafie Naswip, 27, meluahkan rasa syukur apabila dimaklumkan pihak pendakwa raya membuat keputusan kes mendatangkan kecede raan dan men gugut bekas tunangnya juga pelakon, Aishah Azman adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

Syafie atau Ayie ketika dihubungi berkata, dia menerima perkhabaran gembira berkenaan dua hari lalu daripada peguam yang mewakilinya.

“Saya anggap ini keajaiban dan hasil doa ibu bapa serta individu yang sentiasa memberikan sokongan. Keputusan ini sudah cukup untuk membersihkan nama saya. Alhamdulillah.

“Selama ini, saya hanya diam dan tidak berikan kenyataan balas walaupun boleh buat begitu. Saya pilih untuk mendiamkan diri dan berikan kerjasama yang sepatutnya kepada pihak berwajib.

“Saya lega dan gembira sebaik sahaja menerima berita ini daripada pihak peguam tetapi tidaklah sampai melompat,” katanya.

Walaupun sebelum ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan netizen, Syafie berharap keputusan siasatan itu sedikit-sebanyak dapat memulihkan kembali nama baiknya yang tercalar.

Syafie turut mengakui kes berkenaan menyebabkan pendapatan bulanannya terjejas hingga memaksa dia melakukan pekerjaan lain bagi menampung kos hidup.

“Bukan mudah untuk pulihkan kembali nama. Bagaimanapun, saya anggap ujian ini sebagai salah satu cara untuk membentuk saya menjadi insan yang lebih baik.

“Saya tidak salahkan netizen yang buat andaian sendiri kerana mereka tidak kenal siapa saya. Sesiapa pun akan buat penilaian sendiri.

“Biarlah orang nak cakap apa pun. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik saja. Biarlah Tuhan sahaja yang balas balik,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pelakon lelaki ditahan selepas membe lasah bekas tunangnya berikutan bera ng apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.

Siasatan lanjut berhubung kes itu dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Kese ksaan kerana mendatangkan keced eraan dengan sengaja dan melakukan ug utan.

Syafie bertunang dengan Aishah Azman pada 7 April lalu tetapi mengambil keputusan untuk memu tuskan pertunangan pada 21 Julai.