Wani dikec4m kerana menari

“SIAPA kata anak guru agama tidak dike cam?,” kata penyanyi Wani Syaz, 21, yang pernah menjadi mangsa kecam an warganet tahun lalu.

Wani dikec am gara-gara penampilannya menari dalam video muzik lagu Pendusta Cinta, duet bersama W.A.R.I.S, tahun lalu.

Kata Wani yang tampil dengan lagu baru Gemala, dia suka menari tetapi masih menjaga batas dalam setiap pergerakan.

“Walaupun nampak saya seperti bebas daripada cerita sensasi dan kecam an warganet, namun saya pernah melaluinya.

“Pembabitan menari dalam video muzik lagu Pendusta Cinta tahun lalu, pengalaman tidak akan saya lupakan,” katanya.

Meskipun tarian Wani dalam video muzik lagu Pendusta Cinta dikec am, namun jumlah tontonan di YouTube mencatat 24 juta dalam tempoh setahun.

Menurut Wani atau nama sebenar Nur Syazwani Selamat, dia tidak melatah dan dapat menerimanya dengan tenang.

Baginya, ia hanya sekadar teguran meskipun dikecam dan selagi tidak melampaui batas, dia biarkan saja.

“Untuk video muzik lagu Gemala pun saya menari juga. Nampaknya, penerimaan penonton kali ini agak baik.

“Lagi pun, saya tetap menjaga batas dalam tarian dipersembahkan. Begitu juga dengan pakaian digayakan.

“Sebagai gadis bertudung, saya juga tidak keterlaluan pada aksi tarian dipersembahkan,” katanya.

Wani berkata, apa yang pasti dia sentiasa berusaha sedaya-upaya menjaga nama baik ibunya Rohanisah Hassan Basri, 49, yang bertugas sebagai guru agama.

Katanya, setakat ini ibunya faham dan memberikan sokongan positif pada pembabitan aktif dalam nyanyian.

Wani kini meneruskan perjuangan di persada seni suara menerusi lagu Gemala hasil ciptaan tiga komposer iaitu Omar K, Shazee Ishak dan Blaine Bakri yang menggabungkan genre pop, reggae dan EDM.

Setakat ini, video muzik rasmi lagu Gemala yang dimuat naik di YouTube sudah mencatat lebih 203,000 tontonan dalam tempoh sebulan.

Sumber:HM