PENYANYI dan komposer terkenal Aizat Amdan tetap dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi kisah peribadi dengan peminat.
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Ke Hari Tua itu, dia tidak mahu bercerita soal jodoh selagi belum ada kepastian.
“Memang saya ada berkawan dengan seseorang tetapi soal temani istimewa saya tidak akan ulas.”
“Saya pernah komen kisah peribadi yang tular tahun lalu tetapi netizen komen lebih-lebih pula,” katanya kepada Harian Metro.
Aizat berkata demikian ketika mengulas dakwaan gosip dia kini dikatakan hangat bercinta dengan seorang gadis seperti yang dilaporkan akhbar tempatan tahun lalu.
Tegas Aizat, dia hanya akan berkongsi berita baik dengan pihak media dan peminat jika sampai masanya nanti.
“Andai sampai seru, saya akan umumkan kerana ia perkara yang baik.
“Saya berharap orang berhenti bertanya soal peribadi selepas ini,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: HM