Jinggo bagi restu Sheila Rusly bersara

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly, seakan memberi petunjuk mahu bersara dari dunia seni melalui perkongsian terbaru di Instagramnya pagi ini.

“34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni. Pagi ini terlintas di hati nak mengundurkan diri. Mohon petunjuk Mu Ya Allah!

“Tahniah Zara Zya untuk PIA dan Nabila Huda untuk Dia Tak Berdosa. Cukup setakat ini. Alhamdulillah,” tulis Sheila lagi.

Perkongsian bekas pengacara program Ketuk Ketuk Ramadan terbitan syarikatnya sendiri, JS Picture, mendapat pelbagai reaksi rakan-rakan artis yang tidak mahu dia mengambil keputusan itu.

Bagaimana pun, menerusi ruang komen, terselit luahan suaminya, Jinggo yang memberi sokongan jika isterinya benar benar mahu berundur.

“Berundurlah jika itu kata hati. Berundurlah kalau itu ketentuan Ilahi. Berundurlah jika sampai masa untuk pergi.

“Berundurlah jika terasa cukup pengabdikan diri. Berundurlah jika rasa tidak diperlukan lagi. Berundurlah jika industri tidak memerlukan lagi,” tulis Jinggo.

Awal tahun ini, Jinggo pernah memberi bayangan, isterinya sudah ‘penat’ dan keletihan apabila JS Pictures enggan menyambung penerbitan Ketuk Ketuk Ramadan musim terbaru walau pun sudah beberapa kali dipujuk pihak RTM.

Malah, ada pihak mendakwa keputusan itu diambil kerana ‘kecewa’ dengan harga penerbitan dibayar stesen televisyen tidak pernah berubah sejak dua dekad lalu, manakala kos penerbitan meningkat setiap tahun.

Oo..macam tu rupanya! 

Apa saja keputusan Sheila, rasanya sebagai peminat kita haruslah menghormati keputusannya itu. All the best Sis!

 

Nota kaki: Korang dah pergi ke kedai DimSum sis Sheila? 

Sumber Foto: Instagram @sheilarusly_jspictures

 

 

 

 

Sumber:Xtra