Kalau dah jodoh, Sarah Hilderbrand nikah kenalan lama,kacukan Filipina-Amerika. Tahniah!

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengarah berda rah campuran, Sarah Hildebrand, 29, sah menjadi isteri kepada Otto Gilen, jam 10. 23 pagi ini.

Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Hilmi Saadan.

Majlis yang diadakan serba sederhana itu berlangsung di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat, di sini dan dihadiri kira-kira 100 tetamu.

Pada majlis itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.

“Saya dan suami sepakat melakukan hanya yang wajib serta bersederhana. Alhamdulillah, fasa baharu untuk hidup saya dan suami sudah bermula.

“Saya berdoa, semoga segala-galanya dipermudahkan. Insya-Allah,” kata Sarah.

Pasangan itu mula berkawan rapat sejak Februari lalu selepas bertemu semula menerusi laman sosial, Facebook.

 

“Kebetulan, saya turut berada dalam kumpulan sekolah sama dengan abangnya. Kami bertemu kembali ketika saya melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat, awal tahun ini.

“Suami yang berdar ah kacukan Filipina-Amerika memeluk Islam pada September lalu. Alhamdulillah, urusan jodoh kami seperti dipermudahkan,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:BH