Pakai uniform juruterbang elak beratur panjang pemeriksaan keselamatan

NEW DELHI – Seorang lelaki di New Delhi, India dita han di pintu keluar Lapangan Terbang Indira Gandhi kerana menya mar sebagai juruterbang syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

Rajan Mahbubani, 48, yang lengkap memakai uniform juruterbang melakukan penyama ran itu untuk mengelakkan daripada beratur panjang dan pemeriksaan keselamatan.

Menurut polis, Mahbubani ditahan Isnin lalu ketika cuba menaiki pesawat ke Kolkata dan dia kemudiannya diserahkan kepada polis di New Delhi.

Difahamkan, Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF) bertindak atas maklumat daripada Ketua Pegawai Keselamatan syarikat penerbangan itu yang memaklumkan terdapat penumpang yang disyaki menya Mar sebagai juruterbang Lufthansa.

Mahbubani juga memiliki kad pengenalan palsu juruterbang Lufthansa dan menggunakannya untuk mendapatkan keistimewaan di lapangan terbang.

“Penumpang mendedahkan penyamar itu pernah muncul dalam video di YouTube dan mendapatkan kad pengenalan palsu di Bangkok,” jelas pegawai CISF.

Selain YouTube, Mahbubani juga merakamkan video TikTok, sebuah aplikasi media sosial sambil memakai pakaian seragam.

“Dia mengaku sering memakai pakaian juruterbang untuk mendapatkan akses mudah semasa pemeriksaan keselamatan dan layanan istimewa daripada agensi keselamatan serta syarikat penerbangan,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Lapangan Terbang Indira Gandhi, Sanjay Bhatia. – Agensi

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian