RM10K hadiah dapat UPSR 5A!! Lumayan betul

Masih lagi corat-coret bahang UPSR yang telah keluar keputusannya pada Khamis lepas. 

Sebagai ibu bapa, sudah tentu ada  ganjaran yang diberikan apabila anak mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Hadiah kecemerlangan itu adalah sebagai m0tivasi kepada anak-anak untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang juga merupakan penggubah bunga, Una Rushana, dia telah memuat naik sejambak bunga duit bernilai RM10,000 yang ditempah oleh pelanggannya.

Sejambak duit itu adalah hadiah yang diberikan oleh pemilik Cafe Adik Abang kepada anaknya, Muhammad Danish Haziq Bin Ihsan Fahmi yang berjaya memperoleh 5A dalam UPSR! Perghh!! 

Anak lelaki kepada pasangan Ihsan Ishak dan Norashikin Pauzai ini mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan telah mendapat RM10,000 tunai sebagai imbuhan kejayaannya.

Pasangan pengusaha kedai makan terkenal di Alor Setar ini turut mempunyai tiga orang anak lagi dan sememangnya dikenali oleh mereka yang menggemari lauk pauk yang pelbagai di sekitar Kedah.

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata netizen telah meningg@lkan k0men yang pelbagai diatas perkongsian menarik tersebut.

Ramai netizen berasa terkejvt dengan hadiah lumayan yang diterima atas kecemerlangan pelajar tersebut.

Namun, masih ada yang meningglkan komen positif bahawa perkara tersebut adalah rezeki kerana ibu dan bapanya berkemampuan dan membantu menjadi motiv@si kepada anaknya untuk terus berjaya.

Wow! Baru UPSR dah dapat 10k, kalau SPM , berapa agaknya hadiah imbuhan nya ya….

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:viral.bbn.my