Siapa yang tak kenal dengan Datin Eina Azman. Selain pandai memasak, Datin Eina juga turut dikenali kerana bersikap baik dan prihatin dengan semua pembantu rumahnya.
Baru-baru ini Datin Paduka Eina Azman memuat naik perkongsian menunaikan umrah di tanah suci Makkah bersama seluruh ahli keluarganya.
Malah, dia juga turut membawa bersama bibik mengerjakan umrah.
Dengan penuh rasa syukur, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 24, berkongsi momen tersebut menerusi Instagram (IG) miliknya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, Abu, mummy, kakak, anak-anak dan bibik Mega untuk menunaikan ibadah umrah.
“Dah lama sangat nak pergi ke umrah. Alhamdulillah hari ni dapat pergi bawa mummy dan abu Eina. Doakan kami semua mendapat umrah yang mabrur,” kongsinya menerusi kapsyen.
Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet mendoakan semoga urusan Eina dan keluarganya dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: keluarga