Usaha Mark Adam belajar mengaji dipuji warganet

Kesungguhan Mark Adam belajar mengaji telah menarik perhatian netizen yang kemudiannya meniupkan kata-kata semangat buat penyanyi itu.

Mark telah memuat naik sepotong video sedang belajar menyebut huruf hijayah bersama seorang ustaz.

Video tersebut dikongsi Mark di laman sosial Instagramnya pada awal minggu lalu dan telah mendapat banyak komen positif daripada pengikut.



Menerusi perkongsian itu juga, Mark turut mengucapkan terima kasih kepada ustaz yang mengajarnya.

Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah, telah memeluk agama Islam pada tahun 2003 sebelum berkahwin lagi.

Pada tahun lepas, Mark dan isterinya Norazah Redzuan telah menunaikan ibadah umrah.

Mark atau nama penuhnya Marcus Adam Macaraig Echivarre merupakan penyanyi pelawak dan pelakon Filipina sebelum berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001.

Selain menyanyi, Mark kini sukses di Malaysia sebagai pelawak, pencipta lagu dan guru vokal serta memiliki akademi sendiri iaitu Suara Academy di Neo Damansara.

Foto: Instagram @markadam1079

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:gempak