Rezeki Datuk Aaron Aziz dapat tunaikan umrah kali kedua bersama keluarga

Pelakon tersohor Datuk Aaron Aziz telah selamat berlepas ke tanah suci Makkah semalam bagi menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan anak-anaknya.

Perkara itu dikongsikan aktor filem Kau Yang Satu itu menerusi satu entri di Instagram yang memaparkan mereka sekeluarga berada di dalam pesawat.

“Saya dan keluarga ingin mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau terguris hati sesiapa. Dengan izin Allah kami dapat mengerjakan ibadah Umrah sekali lagi.

“Semoga Allah terima semua ibadah kami dan ampuni segala dosa-dosa kami sekeluarga,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, Aaron pernah membawa keluarganya mengerjakan umrah pada 2016 buat kali pertama.

Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik dan dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13, dan Dahlia Arissa, 9.

 

 

Alhamdulillah..semoga mendapat umrah yang mabrur buat Aaron Aziz sekeluarga.

 

 

 

Sumber:Gempak