Sedarlah Lelaki, Wanita Sempurna Itu Cuma Dalam Mimpi

>Masa sedang asyik bercinta, semua nampak elok dan sempurna. Bila dah berkahwin, awalnya indah lagi tapi apabila usia perkahwinan masuk 2/3 tahun, mulalah nampak segalanya serba tak kena.  Ini lu4han hati buat seorang lelaki bergelar suami

Wahai LELAKI

Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tak akan boleh mengurus rumah sepenuh masa.

Kalau kamu memilih untuk menjadikan isterimu suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuh masa, kamu perlu terima yang dia tidak menghasilkan duit.

Kalau kamu memilih bersama wanita penurut, kamu harus menerima yang  dia tidak mampu membuat keputusan sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada mu.

Kalau kamu memilih bersama wanita yang tegas, kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan ikut fikiran sendiri.

Kalau kamu mahu isterimu sentiasa cantik kamu harus menerima perbelanjaan untuk hiasan dirinya juga banyak.

Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian.

Sedarlah lelaki, TIADA WANITA SEMPURNA.  Semua itu hanya dalam mimpi dan angan-angan mu sahaja! 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: pesonapengantin