Tiada siapa menduga, dulu dia berada di puncak kegemilangan, kini pelakon cilik yang berbakat besar, Puteri Balqis Azizi, 13, yang mend3rita s4kit sejak dua tahun lalu, kini memilih menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupannya seharian.
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Drama) pada Anugerah Televisyen Asia 2014 itu kini bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz berulang-alik dari rumah mereka di Setia Alam, Selangor ke beberapa lokasi di ibu negara untuk menjual buku ‘38 Poems Of Puteri Balqis’ hasil nukilannya ketika menanggung penykit mist3ri sebelum ini.
Ujar Balqis, kehidupannya kini hanya bersama ibunya setiap hari sambil menjual buku setebal 27 muka surat itu sama ada di Masjid Jamek, Masjid India, Pasar Seni atau Jalan Petaling di ibu negara sebagai mata pencarian.
Balqis ketika memenangi Pelakon Wanita Terbaik Asia 2014
“Sekarang Puteri suka menulis, jual buku dan lebih penting setiap hari dapat berdua bersama ibu. Kali terakhir berlakon ialah pada awal 2018 dan selepas itu Puteri banyak menulis.
Sebelum ini Puteri ada masalah dalaman tapi doktor masih belum dapat sahkan apa sebenarnya p3nyakit Puteri. Munt4h d4rah waktu berjalan, tidur, ters3dak dan munt4h, kesannya Puteri akan jadi l3mah.
“Kami menaiki komuter selama sejam perjalanan, kami pergi Masjid India, Pudu merata kami pergi berdua. Kami jual kepada orang ramai, kalau kami ditolak itu perkara biasa, tak ramai yang perasan bahawa saya pelakon,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Nadzim berkata, pihak PPIM akan mendapatkan bantuan untuk Balqis kerana potensi yang ada pada dirinya.
Selain itu badan berkaitan industri juga perlu memainkan peranan mereka membantu pelakon berbakat itu dan tetap memberikan sokongan walaupun Balqis menghadapi msalah k3sihatan.
“Kita akan tengok juga, mungkin zakat boleh bantu. Puisi ini juga akan diterbitkan dalam edisi Bahasa Malaysia dan PPIM juga akan mencari kaedah bagaimana syarikat penerbitan lain juga boleh membantu,”
Bila ditanya sama ada dia akan membuat kemunculan semula, Puteri Balqis yang juga pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2014 berkata, jiw4nya kini lebih kepada penulisan puisi dan tidak ramai rakan selebriti tampil memberi sokongan.
Balqis juga tidak mengimpikan kehidupan mewah namun cukup jika dapat bersama dengan ibu tersayang meneruskan hidup dan berharap agar s3mbuh seperti sedia kala untuk melakukan pelbagai aktiviti disukai.
“Ketika di jalanan, Puteri juga bergaul dengan g3landangan kerana ada ketikanya Puteri tidur di kedai mamak, tepi jalan kerana sudah lewat untuk pulang ke Setia Alam. Dari situ Puteri rasa bersyukur kerana ada lagi yang lebih su sah dari kami.
“Namun, mereka sangat berbudi bahasa, cakap lembut dan Puteri juga belajar daripada mereka. Terima kasih kepada peminat dan keluarga yang sentiasa berada dalam suka duk4.
“Kebanyakannya tinggal kami bila kami semakin j4tuh. Terima kasih banyak-banyak, pasti ada kemenangan untuk kami terutama golongan g3landangan di Kuala Lumpur,” katanya.
Sementara itu, ibu Balqis, Norashikin berkata, dia menyedari bakat penulisan puisi anaknya itu ketika sedang bert4rung dengan p3nyakit lebih setahun lalu. Mereka berdua kemudiannya mengumpulkan karya yang dihasilkan Balqis untuk dibukukan.
Katanya, sebagai ibu, dia melihat Balqis sesuai menulis puisi berbanding lakonan dan mengharapkan sinar baru buat permata hatinya itu.
“Jualan buku ini tak menentu, ada masanya tak laku langsung. Jadi kami akan tunggu sampai esok, barulah balik ke Setia Alam. Tengok pada k3sihatan kami juga kerana saya juga tidak sihat.
“Buat masa ini hati dia (Puteri Balqis) tidak lagi kepada lakonan tetapi menulis puisi. Puncanya ketika dia s4kit dan keseorangan, dia berubah menjadi p3ndiam dan mula menulis puisi,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber:HM