Minat punya pasal, Anzalna gayakan anak sama seperti putera keluarga Diraja Britain

Mohamad Eidrees, anak kepada pelakon cantik Anzalna Nasir sekali lagi menjadi tumpuan warganet bila bergaya sama seperti putera keluarga Diraja Britain.

Menerusi laman sosial Instagram, Anzalna memuat sekeping foto anaknya mengenakan kemeja putih bersama seluar pendek merah, sama seperti yang dipakai Putera William sewaktu kecil serta anak lelaki Putera William, Putera George.

“Belikan @mohamadeidress baju yang sama daripada jenama yang sama dipakai oleh Putera George di London sebab saya sukakan gaya mereka. Ketat sikit untuk dia sekarang, anak saya membesar dengan cepat!” tulis Anzalna menerusi ruangan kapsyen.

Gaya Putera George dengan kemeja putih dan berseluar merah itu dirakam sewaktu menghadiri majlis pembaptisan Diraja adiknya, Puteri Charlotte pada 16 Julai 2018.

Idea itu sebenarnya diambil dari gaya bapanya,Putera William sewaktu menyambut kelahiran adiknya, Putera Harry di hospital pada tahun 1984.

Menjengah ruangan komen,ternyata penampilan Eidress yang dikatakan lebih comel berbanding dua kanak-kanak Diraja tersebut.

“Eidress paling comel!”

“Eidress paling handsome antara semua,”

“Comel dan hensem Putera Mohamad Eidress,”

Sekadar maklumat, Mohammad Eidress dilahirkan pada 31 Mei tahun lalu.

Jadi trend lah gaya ni nanti..

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak