You know nothing about fashion!#SOKAMPUNG- Liyana Jasmay

Sejak pelakon ini membuat keputusan untuk berhijab sejak tiga tahun lalu, gaya pemakaian tudung Liyana Jasmay sering mengundang kec4man netiz3n. 

Yang terbaru, fesyen tudung aktres ini menerusi drama berjudul Tolong Saya Encik Dinosaur yang dilihat seperti memakai snowcap sekali lagi menerima kritiikan. 

Ianya bermula apabila salah seorang pengguna Twitter dengan tweethandle @xxxbyefelicia membuat kenyataan  yang  Liyana tidak seharusnya mengenakan hijab sekiranya belum bersedia.

“Sebenarnya tengok tayangan perdana 30 minit tu not bad… macam best juga.

“Cuma tajuk saja pelik dan Liyana Jasmay kalau tak bersedia nak bertudung tak payah la.

“Kaedahnya dalam cerita ni ala-ala jadi emo berhijab lepas tanpa pin. Oh ya, dia yang arahkan drama tu sebab tu dia heroin okay,” tulisnya.

Dilihat kembali membalas kenyataan tersebut, Liyana, 32, berkata, penampilannya itu bukanlah suatu isuu yang perlu diperkatakan memandangkan ianya bersifat peribadi buat pelakon itu.

Liyana juga menempelaak individu berkenaan yang tidak mengetahui apa-apa mengenai fesyen.

“Cara saya pakai hijab tak macam cara konvensional awak pakai, itu bukan urusan kamu.

“Saya nak pakai hijab atau tidak, pun bukan urusan kamu. Ia sesuatu yang sangat peribadi.

“Ouh dan lagi satu, awak tak tahu apa-apa fasal fesyen! #SOKAMPUNG,” tulisnya.

Oleh kerana tindakan berani Liyana menggunakan tanda pagar  #SOKAMPUNG itu juga, Liyana telah menerima pelbagai kecaaman apabila tindakannya itu dianggap seperti kebudak-budakan kerana tidak mengakui kesilapan sendiri.

Awak ni umur 12 tahunkah? Sangat tak matang.

“Cara Liyana Jasmay ni reply pun dah tahu tahap artis yang macam mana… suam-suam kuku tapi berlagak gila.

“Fesyen zaman sekarang adalah fesyen yang menimbulkan kehairanan dan kontroversi. Lagi banyak perhatian, lebih ‘rad’,” tulis netizen.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar