Muhammad Haryz Nadzim diterima masuk ke Mensa British pada usia 3 tahun!

Ketika Muhammad Haryz Nadzim  berusia tujuh bulan melontarkan beberapa patah perkataan pertamanya, ibunya dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa pada si kecil itu.

Pada usia dua tahun, Haryz sudah boleh membaca sendiri buku-buku ceritanya sebelum tidur.

Sekarang, si pintar berumur tiga tahun ini menjadi individu paling muda yang terbaharu diterima masuk ke persatuan IQ tinggi global, Mensa. (anggota termuda yang pernah diterima masuk sebelum ini berusia dua tahun).

 

Walaupun ibu bapanya Nur Anira Asyikin Hashim dan Mohd yang tinggal di Durham, UK, mempunyai latar belakang kejuruteraan tetapi mereka tidak pernah menyangka anak mereka akan menunjukkan tanda-tanda kepintaran luar biasa pada usia semuda ini.

“Kami tak mempunyai banyak pengalaman, jadi kami fikir dia macam kanak-kanak lain,” kata Anira dalam satu temubual eksklusif dengan Metro.co.uk.

Sehinggalah Haryz dihantar ke tadika dan pasangan ini diberitahu bahawa perkembangannya lebih cepat berbanding kanak-kanak lain, barulah mereka berdua sedar tentang keistimewaannya.

“Ketika berada di sekolahnya, dia dapat membaca keseluruhan buku-buku cerita kegemarannya,” kata Anira.

Haryz kini telah dijemput untuk menyertai Mensa British selepas mencapai skor IQ yang luar biasa iaitu 142 dalam ujian Stanford Binet.

Mensa adalah satu badan organisasi untuk mereka yang mempunyai IQ tinggi. Satu-satunya syarat untuk menjadi anggota Mensa adalah calon anggota mesti berada di 2% peringkat teratas dalam ujian kepandaian yang telah disetujui.

Haryz kini adalah salah seorang individu termuda dalam dunia yang akan diterima masuk ke persatuan eksklusif tersebut.

Dia diuji oleh ahli psikologi yang mempunyai kepakaran dalam menilai kanak-kanak pintar, Lyn Kendall.

“Kami hanya mahu tahu dengan jelas bagaimana kami dapat membantunya.

“Kami berharap dapat membantunya mencapai sepenuhnya p0tensi dan meny0kong apa sahaja yang dilakukan.

“Kami tak mahu dia berasa kurang mendapat rangs4ngan, tetapi pada masa yang sama kami tak mahu dia rasa dipaksa.

Kami mahu dia menjadi seorang kanak-kanak yang bermain dan melakukan perkara biasa yang dilakukan oleh rakan sevsia dengannya,” kata Anira.

Selepas menyedari bahawa Haryz dapat membaca dan mengingati keseluruhan cerita pada usia dua tahun, ibu bapanya membuka saluran YouTube Little Haryz, supaya kanak-kanak lain dapat menontonnya dan dijadikan galakan.

“Dia macam kanak-kanak berusia tiga tahun dalam segala segi.

“Dia suka main air berl0pak, melukis, menyanyi, semua perkara normal untuk kanak-kanak pada usia ini.

“Program televisyen kegemarannya adalah St0ry B0ts dan Numberblocks, dan dia lebih suka berbual dengan rakan-rakan yang lebih tua dan orang dewasa.

“Haryz juga suka bertanyakan soalan dan bercakap tentang angkasa lepas dan nombor… dan membaca buku.

“Apa yang lebih mengagvmkan selain kepintaran Haryz dan minat membacanya, bahasa Inggeris bukanlah bahasa pertamanya.

“Kami berkomunikasi dengannya dalam bahasa Melayu di rumah. ” ujar Anira lagi.

Bagi keluarga, mereka  berharap ini menjadi langkah pertama  Haryz dalam perjalanan nya ke arah mencapai kejayaan lain yang luar biasa.

“Ia sangat mengvjakan dan kami yakin ini akan membantunya menjadi seorang yang lebih yakin dan percaya dengan diri sendiri supaya dia dapat memberi manfaat kepada masyarakat pada masa depan.

“Kami berharap dapat menyediakan satu persekitaran yang akan dapat mend0rongnya untuk belajar.

“Perkara yang paling penting sekali dia gembira dengan apa yang dilakukan dan kami akan berbangga dengan segala bentuk pencapaiannya,” katanya.

Bercakap dengan Mensa, mereka akan dapat mengesahkan bahawa Haryz menjadi ahli termuda dalam kumpulannya sebaik sahaja semua d0kumen keahliannya diproses.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar