(Foto) Sekitar majlis pernikahan dan resepsi Elly Mazlein bertemakan Malam Bulan di Pagar Bintang. Meriah betul!

“Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” kata pelakon Kampung People itu sebaik sahaja bergelar isteri kepada Mohamad Azlan.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, mengenali suaminya yang juga seorang guru menerusi laman s0sial.

Setelah selesai majlis akad nikah,  pasangan ini seterusnya diraikan dalam majlis resepsi bertemakan Malam Bulan Di Pagar Bintang, di lokasi sama.

Antara rakan artis yang hadir meraikan mempelai ialah Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Aidil Aziz, Uqasha Senrose, Emelda Rosmila dan Catriona Ross.

Sementara itu, Ameng Spring, Gimie Screen dan Intan Sarafina pula dijemput bagi menghiburkan tetamu yang datang memeriahkan majlis gemilang ini.

Semalam, pada majlis berinai, Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah B4r4 Yang Tersimpan itu mend3dahkan wajah Azlan buat kali pertama kepada khalayak.

Sebelum ini, Elly mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 4. Mereka berc3rai pada 15 Oktober 2015.

Berikut adalah momen sepanjang majlis berkenaan;-

 

 

 

 

Sumber:BH,IG Elly Mazlein