Giliran Sasha Saidin Akhiri Status Ibu Tunggal

Penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada usahawan, Sirhan Wahab tepat pukul 9.28 malam tadi dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan Sasha, 43, dan Sirhan itu berlangsung di The Sanctuary, Kuala Lumpur dengan kehadiran keluarga rapat sahaja.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh adik Sasha sendiri, Zain Saidin dan bersaksikan datuknya, Zainal Abidin Ismail.

Sasha menerima mas kahwin berupa wang tunai sebanyak RM1,000 dan membalas lima dulang hantaran kepada Sirhan.

Merupakan kenalan zaman persekolahan,Sasha dan Sirhan kembali akrab sejak tahun lalu.

Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner di London pada 2003 namun berce rai empat tahun kemudian.

4 tahun selepas itu dia berkahwin pula dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan berpi sah pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Sirhan pula memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu.

Selamat pengantin baru Sasha!

 

 

 

 

Sumber: Gempak