Kejvtan ulangtahun suami -Datin Eina Azman bawa keluarga ronda Kuala Lumpur naik helikopter. Bestnya!

Sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden yang ke-41., Pelakon Datin Paduka Eina Azman membawa suaminya bersiar-siar melewati ruang udara Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah helikopter semalam.

Pelakon drama Rahsia Hati Perempuan itu berkongsi hal tersebut menerusi beberapa p0tong video yang dimuat naik di Instagram  miliknya.

Eina yang cuba membuat kejvtan tersebut bertindak menutup mata suaminya terlebih dulu sebelum tiba ke lokasi bagi menaiki helikopter.


 

Dia  turut membawa anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey, yang berusia empat tahun bersama-sama menaiki helikopter.

Kesemua mereka mengenakan busana sedondon berwarna putih.

“Selamat Hari Jadi kepada suami tercinta, @datopadukakaiser. Awak adalah segala-galanya buat saya. 

“Saya sangat bersyukur memiliki awak sebagai seorang suami untuk selama-lamanya. Saya sayang awak,” tulis Eina menerusi satu entri berasingan di Instagram.

Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan tersebut pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.

 

 

Foto: Instagram @eina_azman

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Gempak