“Hanya salah faham. Tunggu saya balik Malaysia”- PU Abu

Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaiibkan seseorang,” kata pendakwah bebas, PU Abu apabila lagi sekali dikaitkan cvrang dengan wanita lain oleh isterinya.

PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi menerusi status dimuatnaik di Instagram berkata, dia akan menjelaskan perkara sebenar apabila pulang ke tanah air dalam tempoh dua hari lagi.

PU Abu yang sebelum ini menimbulkan k0ntroversi apabila berkahwin dengan seorang wanita dikenali Hana Azraa yang juga janda anak satu berkata apa yang berlaku sekadar salah faham.

Sebelum ini, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bertindak menceraikan isteri pertamanya, Ain ‘Afini selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.

Dan baru-baru ini, Hana Azraa pula memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Hana mend4kwa wanita itu dipercayai kekasih hati suaminya yang baru.

“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Walaubagaimanapun, status itu dipadam tidak lama kemudian.

Ulas PU Abu, 

“Assalamualaikum dan salam tabaiyyun. Saya mengambil maklum berhubung berita yang tvlar semalam membabitkan diri saya dan isteri.

“Saya kini berada dan bertugas di Mekah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini. Insya Allah, saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita itu.

“Harap rakan media boleh bersabar. Tetapi hakikat yang sebenarnya, hal yang membabitkan keculvrangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham,” katanya.

 

Pasangan itu berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.

 

 

 

Sumber:HM