Iktibar Wuhan:Biar Tersalah Ampun, Jangan Tersalah Hukum

Jangan kita terlalu gembira atas sesuatu mvsibah yg menimpa sesuatu kaum. Sering saya terjumpa reaksi ’emoji gelak’ dalam posting-posting  berita mengenai apa yang berlaku di Wuhan. Tak kurang komen2 “p@dan muka!” dan sebagainya.

Situasi pand3mic seperti ini bukan hanya melibatkan orang yang bersalah.

Tapi ramai antara mereka yang tidak bersalah turut terkena t3mpiasnya. Tidak mustahil juga ada saudara kita yg turut terlibat dalam situasi tegang di sana.

Pernah tengok filem Korea yang bertajuk FLU? Filem ni ada menggambarkan situasi bagaimana transmisi viirus berlaku dan ramai golongan yg tidak bersalah turut menjadi mangsa.

Saya terbayang keadaan anggota kesih@tan mereka. Saat kita menerima sedikit mvsibah di sini pun lelahnya sudah cukup dirasakan.

Apatah lagi dlm situasi yg besar seperti mereka di sana. Tak terbayang besarnya pengOrbanan yg dilakukan.

Apa yg berlaku di sana jelas Allah tunjukkan betapa Islam itu benar. Al Quran itu benar.

Dan Allah menjawab mengapa di dalam Islam Dia telah menetapkan halal dan haram dalam pengambilan makanan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah sy@itan; kerana sesungguhnya sy@itan itu adalah mvsuh yang nyata bagimu.” [Surah Al Baqarah : 168]

Ya, yang salah tetap salah. Namun jangan kita tergesa2 menghvkum mengatakan suatu mvsibah itu merupakan bala dari Tuhan.

فَلَا تَعۡجَلۡ عَلَيۡهِمۡ‌ۖ إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمۡ عَدًّ۬ا
“Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka”.[Surah Maryam: 84]

Ya benar. Hati kita s4kit, terlvka dgn apa yang berlaku pada saudara Muslim kita di Uyghvr.

Hingga kita lupa bahawa itu perbuatan pemimpin mereka, bukan keseluruhan rakyatnya.

S@kitnya hati kita hingga membuatkan kita hilang adab sebagai Muslim dalam berbicara.

Kej@hatan dibalas kej@hatan itu Dend@m.
Kej@hatan dibalas kebaikan itu Hikmah.

Biar tersalah ampun. Jangan tersalah hvkum.

Bukan tugas kita menghkum mereka dengan menentukan ini adalah bala ataupun b@lasan dari Allah. Kerana hanya Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu yang berlaku.

Bila sesuatu kaum ditimpa musibah, apa perlu kita buat adalah mengambil ibrah.

Ada sesuatu yg Allah kirimkan dari setiap apa yang berlaku. Tidak Allah takdirkan sesuatu dgn sia-sia.

Jaga hati jaga lisan.
Jaga adab kita sebagai seorang Muslim.
Risau ada hati yg tergvris dgn lisan kita.

Istighfar atas keterlanjvran…

Jaga diri.

Berdoalah moga Allah selamatkan serta memelihara kita dari turut terkena tempiasnya. Dan moga ditemukan segera penawarnya..

Hasbunallah wani’mal wakil..

Ummu ZahrahFateh

 

 

Kredit:FB Balqis Liyana Hassim