Jawapan padu Zain Saidin bila dikatakan ‘tambah’ lagi satu

Segak berbaju Melayu serba lengkap pada hari pernikahan kakaknya, Sasha dengan duda anak dua di ibu negara, Isnin lalu, telah disalah anggap konon pelakon Zain Saidin mahu ‘pasang dua’.

Suami kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta itu hanya tergelak ketika ditanya berhubung perkara tersebut.

Zain hadir pada majlis akad nikah Sasha, 43, dan Sirhan Wahab, 42, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai jurunikah kepada pasangan itu.

Tindakan Che Ta berkongsi Instagram (IG) Story yang antara lain memaparkan foto Zain berbaju Melayu dengan keterangan ‘majlis pernikahan Zain Saidin’ pantas mengundang spekulasi ramai.

“Saya dan isteri hanya tergelak membaca komen kononnya saya mahu berkahwin lagi. Tak tahu nak komen apa… Takkanlah saya nak nikah lagi. 

Cukup satu isteri ,saya bahagia bersama Che Ta dengan kehidupan kami… Alhamdulillah,” kata Zain.

Ditanya pengalamannya menjadi jurunikah bagi Sasha dan suaminya, Zain mengaku s3bak ketika melakukan tugas itu: “Saya cuma melaksanakan tanggungjawab. Saya anggap diri ini mewakili arw@h ayah. Saya dapat rasa, kalau ayah ada, dia akan melakukannya.

“Saya s3bak kerana tidak dapat melihat arw@h ayah melakukan tanggungjawab itu. Saya bangga dapat melakukannya demi kakak tersayang,” tuturnya yang ketika ini sibuk menguruskan perniagaan Restoran Mmmbaek di Gombak.

Isnin lalu, selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha selamat diijabkabulkan dengan Sirhan di sebuah premis acara di sini, pada jam 9.28 malam. Pasangan itu dinikahkan Zain di hadapan ahli keluarga.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: myartis