Isu c0r0navirus- Mufti sarankan umat Islam solat hajat

Umat Islam negara ini disaran melakukan solat hajat, memohon doa supaya Malaysia terselamat daripada sebarang wab ak peny4kit.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pejabatnya akan mengeluarkan Bayan Linnas, khusus berkenaan doa dan fiqh pengurusan jen4zah m4ngsa c0r0navirus 2019-nCoV dalam masa terdekat.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga w4bak c0r0navirus dapat disisiihkan dari Malaysia.

“Kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung wabak ini melalui pelbagai medium,” katanya yang kini sedang dalam lawatan ke Turki, menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Zulkifli berkata, tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam menangani isu penyebaran viirus itu wajar diberi pujian.

 

 

 

 

 

Sumber:BH