MC pun boleh claim dari PERKESO? Biar betul!

Sila fahamkan artikel di bawah dengan jelas.

Sebenarnya begini,di bawah PERKESO terdapat skim yang dinamakan:-

1.Skim Bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme – EIS) 

2.Skim Keilatan (Invalidity Scheme).

Kedua-dua skim ini ada tercatat dalam slip gaji kita jika dilihat secara terperinci. Itu pun kalau kita berumur 60 tahun ke bawah.

Dengan adanya skim tersebut, kita layak mendapatkan hak atau boleh claim duit dari PERKESO untuk situasi tertentu.

Terdapat beberapa situasi yang membolehkan kita membuat tuntutan.

Tuntutan Dari Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan membolehkan anda membuat tuntutan bagi situasi berikut:
– Diberhentikan Kerja (Atas sebab-sebab yang ditetapkan)
– Menin ggal Dunia (Waris akan menerima jumlah tuntutan)
– Kemal angan Atau MC (Cuti Sakit)

Syarat Untuk Claim Tuntutan Jika MC (Cuti Sakit)

Syukur kerana PERKESO memberikan kita manfaat dan faedah sekiranya berlaku kema langan atau keced eraan.

Namun, harus diingatkan, kita hanya boleh membuat tuntutan, jika menepati syarat-syarat ini sahaja.

1. Kemal angan atau keced eraan menimpa ketika berada dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah.

2. Kema langan atau kece deraan menimpa ketika berada dalam perjalanan untuk urusan kerja seperti berjumpa client, menghantar barang dan sebagainya.

3. Kemal angan atau keced eraan menimpa ketika berada dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat rehat / lunch break.

4. Mendapatkan rawatan di klinik panel berdaftar atau klinik dan hospital kerajaan.

Faedah Hilang Upaya Sementara Bagi Mereka Yang MC (Cuti Sakit)

Kita juga boleh mendapatkan Faedah Hilang Upaya Sementara sekiranya MC atau mengambil cuti sakit.

Namun, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
– Kecede raan tersebut menyebabkan kita tidak mampu bekerja sekurang-kurangnya 4 hari

– Tiada hari yang kita ke pejabat sepanjang tempoh 4 hari tersebut

– Penyaakit yang berlaku adalah disebabkan kesan pekerjaan kita (Sebagai contoh penyaakit asma akibat terdedah dengan bahan kimia).

Faedah Hilang Upaya Sementara ini akan membayar kepada kita kira-kira 80% daripada jumlah gaji harian.

Kita akan menerima jumlah bayaran harian bagi tempoh 4 hari kita bercuti. Boleh rujuk dengan lebih lanjut di Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Penyaakit seperti demam, cirit birit, sakit kepala dan lain-lain lagi yang bukan disebabkan oleh pekerjaan TIDAK membolehkan kita membuat tuntutan.

Hanya penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan sahaja yang dibenarkan untuk kita claim.

JELAS? 

Selepas membuat tuntutan MC (cuti sakit), kita juga berhak menyertai Program Return To Work (RTW). P

RTW ditubuhkan oleh PERKESO untuk membantu memulihkan fungsi anggota badan agar kita dapat kembali bekerja semula dengan baik.

Jadi, pada siapa yang layak tu, bolehlah buat tuntutan dari PERKESO ya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:maukerja