Isteri bukan orang asing. Apa saja keputusan nak dibuat, bincang sama-sama!

Patutkah kita sebagai suami meletakkan jurang dengan isteri. Mentang-mentanglah kita ketua keluarga, semua keputusan di tangan kita, maka..

Serba perkara nak dirahsiakan,
Asyik serius saja bila berdepan,
Sepanjang masa bertegas,
Selalu biarkan isteri je buat keje tanpa menghulur bantuan,
 

Suka belakangkan isteri dalam buat sebarang keputusan. 

Kita buat macam tu sebab nak rasa dihormati sebagai seorang suami?

Betulkah itu caranya? 

Suami dan isteri berkongsi kehidupan yang sama, liku-liku perjalanan yang sama, tak sepatutnya kita nak dihormati dgn cara-cara macam tu…

Kita perlu berlembut dengan isteri, bertolak ansur, bergurau senda dengan isteri dan semua ni tak akan menyebabkan isteri hilang hormat terhadap diri kita bahkan isteri akan bertambah hormat lagi jika kita jadi macam ni.

Sepatutnya,kita kena anggap isteri tu sebagai kawan, seseorang yang kita boleh ajukan soalan, tanya pandangan, dapatkan panduan untuk setiap permasalahan yang kita hadapi sebagai seorang suami bertegas bila perlu dan bergantung kepada keadaan. Sentiasa hulurkan bantuan untuk ringankan bebanan isteri.

Berbincang dengan isteri dahulu sebelum buat apa-apa keputusan kerana akibat dari keputusan tu turut akan terkesan pada isteri. 

Percayalah ,hubungan akan menjadi hambar dan bosan bila mana kita meletakkan kedudukan sebagai suami di kedudukan yang terlalu tinggi sehingga ada jurang antara diri kita dan juga isteri.

Segeralah berubah sebelum terlewat.

 

 

 

 

Kredit : firdaus shakirin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: pes0napengantin