Che Ta mengamvk rumah 2 tahun tak siap-siap

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta tidak dapat menahan perasaannya apabila ‘mengamvk’ di dalam video yang dimuat naik di dalam Instagram Storynya.

Ceritanya bermula apabila kontraktor Melayu yang diupah untuk menyiapkan projek pengubahsuaian rumahnya gagal menyiapkan rumah aktres tersebut walaupun setelah dua tahun!   

Che Ta juga terkilan, niatnya yang mahu menolong bangsa sendiri akhirnya terkena pada batang hidungnya apabila bukan sahaja dia dipermainkan malah, telah banyak wang dibelanjakan dan dibayar kepada kontraktor terbabit.

“Bila ubahsuai rumah ambil kontraktor Melayu, macam h4ram jadah rumah aku jadinya. 

“Kita dah habis nak dekat sejuta, lari macam tu je. Ini kawan yang cadangkan tau? Bukannya suka-suka hati ambil sesiapa yang datang tawar diri.

“Kawan I Jerry yg rekomen, mangkuk beruk ni tinggal macam ni je lari. Biadap!” marah Che Ta dalam video berkenaan. 

Memetik laporan BH Online, Che Ta meluahkan rasa kecewa dengan sikap kontraktor tersebut yang bukan sahaja tidak menyiapkan kerja, malah isteri kepada Zain Saidin itu kini terpaksa mengupah kontraktor baru bagi menyiapkan projek yang terbengkalai itu.

“Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja tak jalan.  Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang lagi. 

“Mungkin mereka guna duit tidak betul sehingga kerja jadi tergendala.  Peruntukan membayar pekerja dan membeli bahan binaan juga mungkin kehabisan. 

“Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap.  Akhirnya mereka lagi.  Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baharu menyudahkan semua kerja,” katanya kepada BH Online. 

Dalam video tersebut, Che Ta juga menunjukkan apa yang sepatutnya menjadi bilik kepada puterinya, Aaisyah Dhia Rana yang tidak siap. 

Kredit Foto: Instagram @rozitachewan1

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:xtra