
Senangnya resepi Kek Coklat Moist perkongsian saudari Imah Halimah ini.
Sukat pakai cawan, kacau-kacau, lepas tu masak guna pengukus, siap !
Ini dia bahan dan cara-caranya
Bahan A
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko
Bahan B
4 biji telur saiz A
1 sk esen vanila
Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
Optional
-coklat emulco
Cara :
1. Masak bahan A sebentar sahaja. Gunakan api kecil kerana serbuk koko mudah hangus, sekadar suam, jangan sampai mendidih.
2. Tutup api. Kemudian masukkan telur yang telah dikacau dengan esen vanilla
3. Masukkan 2 sk coklat emulco untuk tambah warna lebih gelap. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak.
Kacau sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
5. Masukkan ke dalam bekas acuan.
6. Kukus selama satu jam menggunakan api besar. Tutup bahagian atas untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam pengukus.
Siap! Selamat mencuba!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: icookasia