Nampaknya ramai yang mengikuti perkembangan rapat mengenai gosip percintaan model dan pengacara Luna Maya dengan DJ kelahiran Jepun, Ryochin.
Namun selepas beberapa kali ditanya mengenai hal peribadinya, Luna memohon doa daripada netizen.
“Doakan sahaja. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, kami berkawan sahaja,” jawab Luna kepada Kompas.com mengenai gosip percintaan yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini.
Selebriti berusia 37 tahun enggan memberikan komen lebih lanjut sejauh mana hubungan mereka telah terjalin.
“Dengan siapa saya berkahwin, saya pun tidak tahu. Doa sahaja untuk masa depan dan dengan siapa saya bakal bersanding,” akuinya.
Difahamkan, Ryochin juga memiliki sebuah restoran makanan Jepun di Shibuya, Tokyo.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: Xtra