Baru berusia 8 tahun, Maktrav dah tawan lebih 40 gunung, termasuk Gunung Kinabalu!

Aktiviti mendaki gunung sememangnya digemari ramai kerana ia bukan saja aktiviti sukan yang menyihatkan, tetapi juga memberikan kepuasan yang luar biasa apabila berjaya menawan puncak gunung selain ganjaran melihat pemandangan alam yang luas dan indah ciptaan Tuhan.
 
Dianggap sebagai kegiatan lasak  dan hanya  orang sesuai untuk orang dewasa, aktiviti mendaki memerlukan si pendaki memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Ini kerana sepanjang pendakian, kita akan berdepan dengan laluan trek yang mencabar serta memakan masa berjam lamanya sebelum sampai ke puncak gunung. Kemudian, stamina yang sama juga diperlukan untuk turun semula ke kaki gunung. 
 
Namun begitu, trend pendakian gunung seakan tidak lagi hanya sinonim dan dimonopoli oleh orang dewasa semata-mata apabila munculnya hero kecil bernama Wyatt Maktrav yang telah berjaya menawan lebih 40 buah puncak gunung

 
Wyatt Maktrav  ,warga Filipina dilahirkan pada 31 Julai 2012 berjaya memecah tembok monopoli tersebut.
 
Menurut ibu dan ayah nya, nama “MakTrav” diberikan sempena dengan nama gunung yang merupakan tempat pendakian yang terkenal di Filipinia iaitu gunung Makiling Traverse (MakTrav). 

Percaya atau tidak,rekod pertama dicipta Wyatt Maktrav ialah ketika usianya baru mencecah 8 bulan! 

Manakala pada umur nya mencecah 4 tahun (2016), Wyatt Maktrav sudahpun berjaya mencipta rekod menawan 42 buah puncak gunung.

Barangkali ketika artikel ini ditulis bilangan gunung yang telah berjaya ditawannya melebihi angka 50. 

Pada 5 Mei 2017, ketika berusia 4tahun 9 bulan,  Maktrav telah cuba mendaki gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu. 

Walaupun tidak sampai ke puncak gunung,dia merupakan warga Filipina termuda yang pernah mendaki gunung Kinabalu. 

Wyatt Maktrav terpaksa berhenti di KM8 (4062.6m), berbaki 32.6m sebelum sampai puncak Kinabalu atas faktor  keselamatan kerana  ketibaannya di KM8 telah melewati cut-off time yang ditetapkan (7.00pagi) dimana pendaki tidak dibenarkan meneruskan pendakian ke kemuncak gunung selepas waktu itu.

Berdasarkan catatan Malaysian Book of Records, pemegang rekod individu termuda yang pernah menawan puncak Gunung Kinabalu adalah Muhammad Amiruel Isohod dari Melaka. Ketika itu dia baru saja berusia 4 tahun 2 bulan. 
 
Saat mengagumi kehebatan anak kecil ini, kita juga pasti akan tertanya sekiranya selamat membiarkan kanak-kanak sekecil ini mendaki gunung kerana ia aktiviti yang berisiko dan mudah berlaku kemalangan saat mendaki kerana trek yang berbahaya, curam atau berbatu. 
 
Sebenarnya, kedua orang tuanya iaitu Eduardo dan Sha Bedural adalah pendaki yang berpengalaman.

Selain menemani anak mereka sepanjang pendakian, Eduardo dan Sha Bedural sentiasa mengambil kira aspek keselamatan sebelum pergi mendaki seperti memilih gunung yang sesuai untuk didaki, mempertimbangkan apa-apa persediaan awal atau latihan sekiranya perlu, mengambil kira faktor cuaca dan sebagainya.

Jadi, aspek keselamatan Maktrav ketika mendaki gunung sentiasa dibawah pemantauan kedua orang tuanya. 

Apa yang lebih penting adalah aktiviti outdoor dan hiking ini diteruskan atas kemahuan dan minatnya sendiri, bukan paksaan daripada ibu atau bapanya. 

 

 

 

Sumber:Borneodihati