“Kasut ini milik pelajar Tingkatan Dua di sekolah saya. Ia dipakai sejak dia berada di Tahun Enam lagi,”

‘TAK semua orang punya nasib yang sama’ Begitulah kata-kata Cikgu Maisarah Hannan menerusi laman facebooknya, kelmarin. Merupakan guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St. Cecilia, Sandakan, Sabah, Cikgu Maisarah berkata, gambar kasut (seperti yang dikongsi ini) punya kisah tersendiri.

“Kasut ini milik pelajar Tingkatan Dua di sekolah saya. Ia dipakai sejak dia berada di Tahun Enam lagi. Sedihkan,” katanya kepada GPS Bestari.

Cikgu: Kasut dari bila ni, tahun lalu?

Pelajar: Dari Tahun Enam cikgu.

Cikgu: (Sekarang dia Tingkatan Dua). Nampak menggelembung bahagian depan ni. Sempit ke?

Murid: Sempit jugalah cikgu…

Cikgu: (Sebak).

Menurut Cikgu Maisarah, pelajar berkenaan berasal daripada keluarga yang sangat susah. Dia merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik. “Pelajar ini antara yang pernah mengambil sumbangan makanan menerusi Projek Makanan Percuma yang diperkenalkan Mac 2018,” ujarnya. Dalam pada itu, beliau berkata, masalah kasut pelajar itu baru sahaja diketahui dua minggu yang lalu.

 

“Ketika itu, saya agak sibuk dengan urusan sekolah. Kemudian, sekolah pula mula bercuti bagi perayaan Tahun Baru Cina. “Bila sekolah dibuka, saya perlu memberi tumpuan kepada Kejohanan Catur pula. Jadi, bila ada masa luang hari ini (kelmarin), saya terus minta kebenaran keluar sekolah untuk membeli kasut buat pelajar berkenaan.

“Alhamdulillah, dia sudah pun menerima kasut yang baru,” ujarnya.

Sementara itu, ramai kalangan wargamaya turut bersimpati dan sebak dengan keadaan kasut pelajar tersebut.

Zamara Buang: Cikgu bagi accounts no. Kira berapa harga 2 pasang baju sekolah dan 2 pasang kasut nanti saya transfer duit.

Lyzawati Sairi: Semoga segala urusan cikgu dipermudahkan.

Qaseh Alya Najla: Sedihnya…Alhamdulillah Cikgu Maisarah Hannan terbaik.

Si Bongsu: Semoga cikgu diberi rezeki melimpah ruah. Sahar Saharuddin: Contoh cikgu dunia akhirat.

Suhaiti Amat: Allahu Rabbi…rawannya hati saya melihat. 

 

Terima kasih, Cikgu Maisarah! 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: gpsbestari