Resepi kek batik indulgence Cadbury. Rasa mewah kek batik sebenar!

Bukan sekadar kek batik biasa,resepi yang dikongsikan kali ini cukup memukau pandangan mata.

Gabungan cheese dan coklat Cadbury, tentunya akan memberi satu letupan rasa dalam mulut yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Menurut Muhammad Ali, resepi Kek Batik Indulgence Cadbury adalah resepi ibunya.Apa yang penting, kek batik ini tidak terlalu manis dan diberi jaminan tidak akan sakit gigi.

Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury inspirasi daripada ibu Mr.Ali

Ada 3 lapisan

1- Kek batik

2- Cream Cheese

3- Toping Cadbury

1– Bahan-Bahan Kek Batik :

4 biji telur

200 g buttercup/marjerin

300 g biskut merry

3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas

2 sudu gula

4 sudu susu pekat Secubit garam

Cara : Panaskan buttercup sampai cair, kemudian masukkan semua bahan kecuali biskut. Masukkan telur sambil gaul sehingga pekat. Selepas itu, tutup api. Tunggu sejuk sedikit dan baru masukkan biskut supaya rasanya tetap rangup. Gaulkan dan isi dalam bekas Mampatkan. Dan letak di dalam peti sejuk selama 40 minit

2- Cheese cream

120 g whipping cream

Setengah sudu essen vanilla

250 g cream cheese

Cara: Masukkan bahan-bahan di atas kecuali whiping cream. Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream. Tuang di atas kek batik tadi. Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk kira-kira sejam

3- Toping Cadbury

120 g whiping cream

3 bar cadbury coklat 

Terpulang untuk gunakan bar coklat dan campurkan dalam 4 atau 5 kiub coklat Cadbury)

Cara : Gunakan Teknik double boil semua bahan-bahan di atas Kemudian tuang di atas cream cheese tadi Tinggalkan semalaman atau selama 12 jam sebelum dinikmati.

 

 

Sumber : Muhammad Ali