Sebenarnya ramai Mak-mak yang tak tahu bahawa di sebalik nasi yang kita hidangkan untuk keluarga setiap hari itu, ada amalan yang boleh Mak-mak lakukan untuk mengeratkan kasih sayang keluarga.
Mendapat 10K tanda suka dan 14K perkongsian daripada warganet,ini tip yang paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.
1.Semasa basuh beras, berselawatlah ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
2.Bila masukkan air untuk disukat,bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kr0nik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini bagi menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Semoga dapat dijadikan amalan. Yakin dan istiqamah. Insya allah.
Sumber : Tasnim via islam itu indah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: