“Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan”

Lirik lagu Gurindam Jiwa ini cukup menggambarkan betapa romantisnya pasangan wargaemas ini.

Jika dilihat sepintas lalu,ia cuma satu momen dengan pandangan mata seorang lelaki warga emas dan pasangannya dalam satu janji temu di restoran makanan segera.

Tetapi jika kita perhatikan dengan teliti, kita akan lihat betapa bercahayanya mata wargalelaki itu melihat pasangannya, seperti orang muda yang sedang hangat dilamun cinta!

Berapa ramai pasangan warga emas yang masih mampu menjadi pasangan romantik seperti pasangan dalam gambar ini?

Dek kerana itu, tidak peliklah, walaupun gambar ini diambil setahun yang lalu, ia masih mendapat perhatian wargamaya.

Pengguna Facebook bernama Al Oliver Reyes Alonzo  telah merakamkan gambar pasangan warga emas dari Filipina ini di dalam sebuah restoran makanan segera. 

Semasa sedang makan di restoran itu, Alonzo terlihat pasangan warga emas ini melihat satu sama lain dengan pandangan romantik, terutama lelaki tua itu dengan ekspresi wajahnya yang penuh cinta dan kasih sayang.

Lelaki warga emas ini memangku dagu dengan kedua belah tangan dan matanya begitu bersinar memandang kekasih hatinya yang berada di hadapan mata bersama senyuman.

Pandangan cinta sejati seperti baru pertama kali bertemu yang sungguh manis dan menyentuh hati.

Alonzo mengambil gambar pasangan tua ini dan memuat naiknya di laman Facebook dengan kapsyen, “Sungguhpun kita sudah tua, saya mahu melihat kamu dengan pandangan ini.”

Gambar pasangan warga emas ini telah menyentuh hati netizen dengan lebih 137,000 perkongsian sehingga ada yang mengambil kesempatan meluahkan rasa cinta terhadap pasangan masing-masing.

Ramai yang terinspirasi dan memberi komen mahu menjadi pasangan kekasih atau suami isteri yang akan tua dengan rasa cinta dan kasih sayang utuh seperti mereka.

Tidak kira walau apa yang anda fikirkan, gambar ini sememangnya satu momen manis yang datang daripada hati tulus ikhlas.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: EBaru