Respon selamba Memey bila netizen pers0alkan soal ibadah Norman Hakim kerana mewarnakan rambut

Baru-baru ini pelakon Norman Hakim ada memuatnaik gambar imej rambut barunya demi menjayakan watak terbaru lakonannya dalam drama Chandelier arahan Michael Ang.

Namun begitu gaya Norman itu menimbulkan spekulasi di kalangan netizen mengenai soal ibadahnya lantas ada yang bertanyakan soalan kepada isteri Norman iaitu, Memey Suhaiza.

“Nak tanya suami Memey, Norman tu kaler rambut kan so macam mana solat dia ye??saya musykil je.” – Warganet

Dalam ramai2,akhirnya @michaelang38 pilih i jugak utk watak #Emran dalam #dramachandelier #megadrama #AstroRia .Alhamdulillah tq Mike. Melalui penampilan tersebut ada peminat yang tinggalkan komen di IG isterinya, Memey tentang ibadah solat yang dikerjakan kerana telah mewarnakan rambut.

Sebelum ini ada beberapa artis lelaki juga turut menjadi pertikaian warganet kerana telah mewarnakan rambut iaitu Awal Ashaari dan Akem.

Walau bagaimanapun soalan itu dijawab sopan oleh Memey dengan memberitahu itu adalah warna sementara kerana Norman sedang berada dalam penggambaran drama.

 

Pelakon Norman Hakim juga mengakui bahawa dia hanya menukarkan warna rambutnya mengikut kesesuaian watak dan karakter Emran dalam drama terbarunya nanti. 

 

Difahamkan Norman juga tidak berniat untuk mengekalkan warna tersebut dalam tempoh yang lama. “@yatt3793 Untuk #dramachandelier je rambut ni, lepas itu nak botak,” tulis Norman.

“@kliep_ Ha’ah hanya untuk watak Emram dalam #DramaChandelier,” komen Norman. Selain rambut, rata-rata pengikutnya juga meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat gandigannya bersama Mimi Lana dan juga Ben Amir. “Dua-dua ada lesung pipit la hehe tak sabar tunggu drama ni,” tulis @ejalalalal

“Adoi… Ser4mlah kalau dia dah kembali kan t4ring dia,” komen @haidziro_lady_roger Terdahulu, gaya dan warna rambut terbaru Norman telah mendapat perhatian warganet.

Lebih-lebih lagi apabila penampilannya itu membuatkan Norman kelihatan muda dan lebih kacak.

Drama Chandelier bakal ditayangkan bermula 10 Februari, Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di RIA (saluran 104) dan RIA HD (saluran 123)

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: sinarviral