Fasha Sandha kongsi Whatsapp terakhir bersama Abam

Pagi ini dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan pem3rgian pelawak  terkenal,Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam dari kumpulan Bocey.

Perkhabaran itu telah disahkan oleh isterinya Nur Hidayah.

Menurut Hidayah, Abam demam sejak beberapa hari lepas dan ada mengadu sakit kepala. Tetapi dia enggan pergi ke hospital.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,”

Rata-rata para peminat meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyrham.

Tidak ketinggalan rakan-rakan artis turut sama merasai kes3dihan itu dan berkongsi momen bersama Allhy4rham Abam.

Salah seorangnya ialah aktres Fasha Sandha.

Dalam perkongsiannya di Instagram sebentar tadi,Fasha pada mulanya menghantar pesanan kepada Abam untuk membeli mee rebus.

Abam bagaimanapun mengatakan sudah tidak membuatnya lagi, namun kerana memahami  permintaan Fasha yang sarat mengandung, Abam menunaikan permintaannya.

Catatan Fasha,

“Allhuakbar, Sayv dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.

“Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar

“Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedkahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga  ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin… ”

Rata-rata para pengikut Fasha juga  terharu dengan kemuliaan hati Abam dan meninggalkan k0men t4kziah buat keluarga Abam.

Semoga Allahyarham Abam ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh, InsyaAllah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: yoy