Selepas buat kejutan di Anugerah Juara Lagu, Siti Nurhaliza masuk wad

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan yang dia selamat menjalani satu pemb3dahan kecil di salah sebuah hospital.

Berita terbabit dikongsi oleh Siti menerusi kemas kini di ruangan Instagram Stories miliknya.

“Alhamdulillah, semalam selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), saya terus masuk wad untuk menjalani pemb3dahan kecil pagi tadi. Syukur, semuanya berjalan lancar,” tulis Siti.

Menerusi kemas kini terbabit, Siti turut memuat naik fotonya yang berada di wad.

Setelah lama tidak muncul di pentas Juara Lagu, Datuk Siti tampil membuat kejutan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof di AJL34 yang berlangsung Ahad lepas. 

Comeback itu nyata berbaloi apabila lagi ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mendapat tempat ketiga.

Semoga cepat sembuh Tok ti!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:gempak