Golongan M40 boleh mohon mySalam

PUTRAJAYA: Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula hari ini hingga 31 Mac depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada golongan B40 mendapat manfaatnya.

Selepas tarikh itu semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing.

“Perlindungan takaful Skim mySalam meliputi 45 jenis penyakt kritiikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit novel c0ronavirus yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Perluasan Skim Perlindungan Masyarakat mySalam di Kementerian Kewangan, hari ini.

Hadir bersama ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan timbalannya Dr Lee Boon Chee dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Pada pembentangan Belanjawan 2020 bermula 1 Januari 2020, kerajaan memvtuskan bagi memperluas skim mySalam menerusi peningkatan had umur daripada 55 kepada 65 tahun untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangan mereka.

Penerima BSH individu bujang dan individu orang kurang upaya (OKU) juga layak menerima perlindungan terhadap 45 penykit kritiikal termasuk p0lio daripada 36 sebelumnya.

Guan Eng berkata, tuntutan penykit kritiokal bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebanyak RM8,000 dan akan diberikan secara sekali beri manakala bagi golongan M40 atau bukan penerima BSH, mereka akan menerima faedah penykit kritiikal sebanyak RM4,000 (sekali beri).

Skim mySalam akan memberi manfaat kepada lapan juta orang pada tahun ini.

Sumber:BH Online