Hana Azraa sahkan dia dan PU Abu sudah bawa haluan masing-masing

Apa sudah jadi? Usia perkahwinan Pencetus Ummah Abu Sufyan bersama isteri barunya ,Hana Azraa yang boleh dianggap masih setahun jagung, dikatakan sudah berantakan.

Jika tahun lalu, dia berhadapan masalah dengan bekas isteri, Ain ‘Afini Latif, kini bersama Hana Azraa pula.

Hana ketika dihubungi Harian Metro berkata dia dan PU Abu memang sudah sepakat untuk bawa haluan sendiri.

“Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.

“Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman,” katanya.

Hana atau nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir, baru melahirkan anak lelaki diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.

Bayi dilahirkan dengan berat 3.12 kilogram itu adalah anak pertama hasil perkongsian hidup PU Abu dan Hana.

Mengulas sikapnya yang tenang berhadapan kemelut rumah tangga, Hana berkata dia sudah lali.

“Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak.

“Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la,” katanya tegas.

Mengakui mereka akan menguruskan proses perpisahan mengikut prosedur mahkamah, Hana berkata masih menunggu tarikh ditetapkan.

Menyentuh juga kecaman warganet yang rata-rata mengecam Hana dengan dakwaan kifarah buatnya, ibu dua anak ini berkata dia sudah tidak peduli apa orang nak cakap.

“Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain).

“Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap,” katanya.

Ditanya tidakkah dia terganggu dengan kecaman dihadapi kerana dalam pantang bersalin, Hana berkata tidak terkesan langsung.

“Saya rasa tak terganggu pun dengan kecaman dilemparkan sebab kebanyakan pengikut di Instagram (IG) saya sudah memahami situasi dihadapi.

“Mereka (pengikut) sangat baik dengan saya dan memberi sokongan. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk mulakan hidup baru,” katanya.

Ditanya juga perancangannya akan datang, Hana berkata buat masa ini dia mahu habis berpantang di rumah keluarganya di Kedah dan tidak pasti mahu balik menetap di ibu kota.

Sementara itu, Abu dihubungi berkata hubungan rumah tangganya bersama Hana tiada masaalah dan mereka masih suami isteri.

Pemilik nama sebenar Muhd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi ini juga turut menafikan dia berlaku cvrang seperti yang didakwa Hana.

“Tidak berlaku apa-apa kecvrangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.

“Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja,” katanya.

Terdahulu, pada April tahun lalu Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin dengan Hana ketika isterinya(kini bekas) sarat hamil.

Hana dikatakan menjadi punca sehingga k0nflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai dengan talak dua.

Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar yang lahir pada 7 Jun tahun lalu.

Sumber:HM online

Facebook Comments