Isteri Ali Puteh disahkan h4mil 6minggu

Kes3dihan kerana kehilangan abang tercinta pada Isnin lalu masih belum hilang dalam diri Ali Puteh.

Namun, selang beberapa hari Allah memanggil abangnya, Dia mengurniakan Ali dengan rezeki yang tidak pernah dijangkanya.

Isteri Ali, Melati Fitri Abdullah disahkan h4mil enam minggu – berita yang tidak pernah disangka-sangka oleh pelawak terkenal itu.

Berita itu disambut dengan penuh kesyukuran.

Pemergian anaknya sebelum ini serta Allahy4rham Abam yang dirasakan oleh setiap ahli keluarga bakal digantikan dengan kehadiran seorang ahli baru tidak lama lagi.

“Syukur padaMu ya Allah… sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.

“Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berdvka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.

“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arw4h Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.

“Cuma, kalau arw4h Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya penuh s3bak.

Pemergian Abam mengejutkan seluruh industri hiburan tanah air serta peminat-peminatnya kerana Allahy4rham sangat terkenal sebagai seorang personaliti yang memiliki keperibadian yang menawan.

Ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali memberitahu pemeriksaan berkala akan dilakukan mengikut prosedur seperti biasa.

“Insya-Allah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu h4mil lain.

“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).

“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Pada 26 November tahun lepas, Ali kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang kerana masaalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.

Ainul menghembvskan nafas terakhir ketika usianya tiga bulan selepas 17 hari dirawat di hospital.

Selain Ainul, hasil perkongsian hidup bersama isterinya Ali mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Tahniah Ali!

 

 

 

Sumber:Awani