Pernah susah senang bersama,Zul Ariffin tak sangka gurauan bersama Ashraf 10 tahun lalu jadi kenyataan

Siapa sangka gurauan lebih 10 tahun lalu di antara pelakon popular Zul Ariffin dengan Allahy4rham Ashraf Sinclair bahawa mereka akan berlakon bersama-sama sudahpun menjadi kenyataan apabila mereka digandingkan menerusi filem J2 : J Retribusi yang akan ditayangkan tahun ini.

Perkara itu dikongsi Zul menerusi Instagram selepas dia menziarah kubur Ashraf di Tanah Perkuburan San Diego Hills di Karawang, Jawa Barat, hari ini.

Zul berkata, dia mengenali Ashraf ketika mereka sama-sama memulakan kerjaya dalam bidang peragaan lebih 10 tahun lalu.

“Bermula bersama dalam dunia peragaan, gagal mendapat tawaran bersama hinggalah saya ketawa terbahak-bahak apabila kamu kata nak berlakon.

Saya ketawa lebih kuat apabila kamu berkata saya juga kena berlakon supaya suatu hari nanti kita boleh berlakon bersama.

“Idea itu kedengaran gila pada masa itu tetapi lihatlah kita sekarang. Selepas lebih sedekad, kita digandingkan dalam filem yang sama sebagai watak antag0nis dan protag0nis utama. Tiada siapa akan menyangka kita sudah pergi sejauh ini,” katanya.

Zul berkata, dia kehilangan kata-kata apabila tidak dapat mempromosi filem itu bersama Ashraf nanti.

“Tiada apa yang kurang dengan penggambaran itu dan aksi kejar-mengejar bot itu tidak terasa seperti lakonan. Kita ketawa seperti kembali kepada zaman muda dulu.

“Saya hilang kata-kata untuk menggambarkan betapa bertuahnya saya apabila impian kita untuk bekerjasama akhirnya menjadi nyata. Saya pasti kita tentu akan berseronok mempromosikan filem itu dan berkongsi tawa,” katanya.

Zul memuat naik gambar kenangan bersama Ashraf serta gambar dia menziarah kubur Allahy4rham.

“Saya di sini sahabat, saya datang secepat yang boleh. Maafkan saya tidak berkesempatan untuk melakukan solat jen4zah, mengangkat kamu dan mencium dahimu buat kali terakhir,” tulisnya.

Zul yang tidak sempat ke upacara pengebvmian Ashraf jelas masih tidak percaya sahabat lamanya itu sudah tiada.

Menurut Zul, Ashraf adalah individu yang pernah susah senang bersamanya sejak dulu.

Zul juga menyifatkan Ashraf adalah insan terbaik yang patut menjadi kerana berjaya menjadi suami dan bapa sempurna dalam keluarganya.

“Kamu sentiasa teruja bercerita mengenai isteri dan anak kamu sehingga sampai ke tahap menjengkelkan. Bagaimanapun, itu adalah bukti kukuh betapa kuat cintamu kepada isteri dan keluarga dan itulah yang semua kami idamkan,” tulisnya.

 

 

 

Sumber:HM