“Padam, atau tunggu tindakan selanjutnya..” – Datuk Seri Siti Nurhaliza

SINGLE terbaharu penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 7 Nasihat yang dilancarkan sejak tengah malam tadi sudah dimuat naik beberapa akaun individu tidak bertanggungjawab di saluran Youtube.

Menurut Harian Metro, Siti berkata, pihaknya bersama Universal Music akan memantau perkara itu sebelum tindakan lebih lanjut diambil.

“Walaupun lagu baharu saya bersama Kmy Kmo dan Luca baharu dilancarkan tengah malam tadi, tapi sudah banyak yang memuatnaik dan meletakkan di dalam youtube masing-masing.

“Saya mohon agar anda menghormati hak cipta dan karya insan seni. Pihak syarikat saya, Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Universal Music akan segera memantau perkara ini.

“Saya mohon agar anda yang berbuat demikian dapat memadamkan video itu sebelum laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Siti juga menyeru kepada pengikut dan peminat di laman Instagram supaya dapat membantu membuat laporan akaun tidak bertanggungjawab itu.

Dalam perkembangan lain, 7 Nasihat yang sarat dengan eleman kemelayuan itu menduduki tangga pertama carta i-Tunes Malaysia.

Selain itu, 7 Nasihat juga menjadi trending topik di laman Twitter.

Sumber:Perakt0day