Pilu sepasang madu

Sepasang madu, Norazalinawati Yunus, 41 dan Norjeiha Abidin, 37 kini menjadi balu apabila suami mereka, Zabidi Muhi meniggal dunia akibat kemalagan di Kilometer 33 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan di sini, hari ini.

Kemalagan itu turut mengorbankan Mohd Raimi Rustam Mohamad Rozi, 34.

Menurut Norazalinawati, arwu4h suaminya pulang ke rumah malam tadi dan sempat membaiki lampu di bilik tidur sebelum keluar semula.

“Ketika itu kami sempat bersembang tetapi dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, sebaliknya berkata mahu keluar sekejap sebelum pulang semula pada 6 pagi untuk mengambil kunci kereta.

“Kami berjumpa di luar rumah sahaja dan itulah kali terakhir saya melihat dia sebelum dimaklumkan kemalangan ini oleh biras,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), Manjung.

Norjeiha pula masih dalam pantang dan mempunyai lima anak berusia antara 17 hari hingga 10 tahun hasil perkongsian dengan zabidi.

Norazalinawati berkata, dia sempat ke lokasi kemalagan itu dan sedih apabila melihat anggota bomba mengeluarkan m4yat suaminya.

“Suami bekerja di sebuah kilang di Changkat Jong, Teluk Intan dan jika diikutkan, dia masih bercuti kerana madu bersalin,” katanya.

Sementara itu, Norjeiha berkata, sebelum ini arw4h Zabidi ada memberitahu dia mahu ‘pergi’ ketika mereka bersembang awal pagi semalam, yang menimbulkan kegusaran hatinya.

Bagaimanapun, wanita itu reda dengan pemergian suaminya.

“Arw4h sangat teruja dengan kelahiran bayi lelaki ini dan cakap anak seperti muka dia serta beriya-iya mahu menamakan Umar Rizky,” katanya.

Arw4h Zabidi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kayan, Sitiawan.

 

 

 

 

 

Sumber:HM