Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasukkan ke IJN selepas mengadv kurang selesa dengan kesihatannya.
Baginda menjalani rawa4tan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin (21 September).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Istana Negara memaklumkan baginda dimasukkan ke Wad Diraja di IJN setelah mengadu kurang berasa kurang selesa dengan kesihatannya.
Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan kesihatan Al-Sultan Abdullah tidak memb1mbangkan dan baginda dipantau oleh pasukan perubatan.
“Seri Paduka dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan tersebut.
Sementara itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berada di Kota Bharu kerana urusan lawatan peribadi juga telah bergegas pulang pada Selasa untuk bersama baginda.
Tunku Azizah telah membatalkan lawatan tiga hari yang dijadualkan berlangsung Isnin hingga Rabu.
Dalam pada itu, Istana Negara juga meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesih4tan Al-Sultan Abdullah.
Sumber:mstar