Khabar angin bertiup Intan Ladyana – Harris Alif nikah Mac tahun depan

Pelakon Intan Ladyana,38 yang kini sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pengacara Harris Alif memaklumkan yang dia tidak akan merahsiakan tarikh nikahnya bersama kekasihnya, Harris apabila tiba masanya.

Namun menurut Intan, desas desus yang mengatakan mereka bakal disatukan Mac depan adalah tidak benar.

“Siapa cakap? Saya pun baru dengar ni. Kalau ada (tarikh nikah) mesti saya beritahu. Tak akan la saya tak nak beritahu,” katanya lagi.

Pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamat Yahaya ini mula rapat dan bercinta dengan Harris awal tahun ini berkata dia tidak mahu terlalu berkongsi kisah cinta kepada umum kerana bimbang hubungan tersebut tidak berakhir seperti yang diinginkan.

“Saya memang dari dulu dan sekarang sama. Saya suka keep in private. Tiba-tiba kalau tak jadi nanti malu. Lebih baik diam. Tak selesa cerita pasal peribadi.

“Bercinta perbezaan umur ni tak salah. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk tidak bercerita sangat. Takut orang lain pun bercakap benda itu dan saya tak suka,” katanya yang cukup tertarik dengan perwatakan yang dimiliki oleh Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21.

Intan turut mengakui sikap Harris yang matang dan memahami menjadikan dirinya senang dan selesa. Baginya, perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang dalam percintaan.

“Dia lebih matang daripada usianya dan senang nak berkomunikasi dengannya. Dia faham apa yang kita nak sampaikan. Selalunya perbezaan umur ini susah nak berkomunikasi tapi dengan dia tidak.

“Dia tak macam lelaki yang sebaya dengannya. Saya pun baru mengenali dia, jadi tak tahu lebih mendalam mengenai dia. Kita pun belajar benda baru daripada orang lain.

“Memang tak ada masalah, kalau dah itu jodoh… lebih tua ke atau muda, nak buat macam mana. Tapi kalau dah memang ada keserasian dengan orang lebih berusia atau muda, saya okay saja,” ujarnya yang sebelum ini popular menerusi filem Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit dan banyak lagi.

Mari kita doakan semoga hubungan Intan Ladyana dan Harris Alif berakhir di jinjang pelamin.

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayahku