Umum mengetahui penyanyi Datuk M Daud Kilau, 82 atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau berdepan mas4lah kesihatan sejak empat tahun lalu.
Beliau yang mengh1dap kencing manis kini sudah tidak boleh berdiri lama, k3bas kaki dan tangan serta pinggang juga sakit selain keadaan jantvng yang tidak stabil serta kurang daya pendengaran.
“Sejak s4kit saya tidak dapat penuhi jemputan (persembahan), nak berjalan pun sudah tidak lalu sangat dan solat juga atas bangku.
“Saya bergantvng dengan ubat dan tiga bulan sekali akan ke Klinik Kes1hatan Bagan Datuk untuk pem3riksaan kes1hatan. Saya kini banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat,” katanya.
“Saya doakan semua (peminat) panjang umur dan murah rezeki, doakan juga Daud Kilau lekas baik. Kalau tak baik tidak apa, (tapi) kalau saya ‘pergi’, doakan selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah,” ujar penyanyi yang mendapat jolokan Raja Gelek Malaysia ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada ziarah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan negeri, Mohd Akmal Kamarudin di rumahnya di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk di sini, hari ini.
Pada lawatan itu, M Daud Kilau turut menerima bantvan awal daripada kerajaan negeri.
M Daud Kilau yang tinggal bersama isteri, Datin Rohani Awang Ngah, 63, dan anak lelakinya turut mengakui rindu untuk beraksi di pentas dengan menggayakan baju labucinya.
“Saya sayang dan merindui peminat saya. Kalau kesih4tan sudah baik, InsyaAllah akan memenuhi undangan dan bertemu mereka.
“Hari ini saya rasa seperti peny4kit sudah hilang separuh kerana ramai yang datang melawat dan membawa rezeki. Saya bersyukur dan tidak dapat membalas budi baik itu,” katanya.
Sementara itu, Mohd Akmal berkata, kerajaan negeri melalui pihak berkaitan akan melihat bantvan yang bersesuaian untuk penyanyi veteran itu.
“Kita prihatin dengan keadaan kesih4tan Datuk M Daud Kilau yang uzvr ketika ini dan Baitulmal akan membuat pem3riksaan lanjut untuk melihat bentuk bantvan yang akan disalurkan nanti,” katanya.
Sumber:HM