Aplikasi MySejahtera boleh bantu kesan kontak C0VID19

Walaupun telah lama dilancarkan , ramai yang masih tidak mengetahui bahawa aplikasi MySejahtera boleh membantu pengaw4san dan menjejaki kontak C0VID-19.

Aplikasi telefon pintar itu yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi itu boleh dimuat turun secara percuma.

MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesih4tan kendiri, di samping membantu Kementerian Kesih4atan mendapatkan maklumat awal tahap kesih4tan individu untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Dengan salah satu ciri istimewa MySejahtera ini, anda boleh mendapat maklumat tentang ke$ terakhir yang dilaporkan di lokasi anda atau yang ingin ditujui.

Sebagai contoh jika anda ingin ke KLCC, taipkan sahaja di ruangan atas dan ia akan memberikan maklumat tentang bilakah kali terakhir ke$ jangkitan berlaku dalam radius 1 kilometer dari kawasan terebut.

Selain itu, MySejahtera juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti mengenalpasti fasiliti screening terdekat dan kemudahan digital healthcare.

Bagi yang belum mendaftar aplikasi MySejahtera ini,sila layari laman sesawang rasmi MySejahtera untuk gambar rajah langkah-langkah mudah memuatnaik.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Maskvlin