Dieje3k kerana berkulit gelap,ini cara bijak Suhana Khan menjawab!

Siapa yang tidak kenal dengan Suhana Khan, iaitu anak perempuan kepada Raja Bollywood, Shah Rukh Khan bersama Gauri Khan.

Suhana diketahui telah mengikuti jejak ayahnya untuk terjun dalam dunia lakonan.

Gadis berusia 20 tahun itu turut melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di Ardingly College di England dan kini menuntut di Universiti New York.

Walaupun memiliki nama besar ,ia tidak mengecualikan Suhana melalui pengalaman dih1na netizen.

Dipetik dari Instagramnya @suhanakhan2, Suhana mengakui bahawa dia sering dibvli kerana warna kulitnya yang gelap. Malah Suhana pernah digelar kaali chudail yang bermaksud ahli sihir hitam.

“Ada banyak perkara yang sedang berlaku sekarang dan ini adalah salah satu masalah yang perlu kita perbaiki !! Bukan hanya mengenai saya, ini mengenai setiap gadis / lelaki yang membesar dengan rasa rendah diri tanpa alasan. Berikut adalah beberapa komen dibuat mengenai penampilan saya. Saya diberitahu bahawa saya j3lek kerana warna kulit saya, oleh lelaki dan wanita dewasa, sejak saya berumur 12 tahun, “- tulisnya.

Suhana juga merasa s3dih kerana ramai orang dewasa terlibat dengan gejala bvli. Malah Suhana pelik kerana sesama orang India boleh mengh1na satu sama lain, walaupun mereka juga mempunyai kulit gelap.

“Selain fakta bahawa ini adalah orang dewasa yang sebenarnya, menyedihkan ialah kita semua orang India, yang secara automatik menjadikan kita coklat – ya kita datang dalam pelbagai warna tetapi tidak kira berapa banyak anda berusaha menjauhkan diri dari melanin, anda tidak boleh”-tulis Suhana.

Suhana juga kesal dengan penilaian tentang kecantikan yang ada dan menjadikan ramai orang kurang yakin.

Malah Suhana juga memberikan mesej motivasi untuk merasa bangga dengan apa yang ada dalam diri kita.

“Saya minta maaf jika media s0sial, Platform mencari jodoh di India atau keluarga anda sendiri mempercayai bahawa jika anda tidak mempunyai ketinggian 170cm maka anda tidak cantik. Saya 160cm dan coklat dan saya sangat gembira dengan perkara itu dan anda seharusnya begitu juga. #endcolourism, “- tambahnya lagi.

Bijak cara Suhana menjawab. Agaknya yang bercakap tu tak tengok cermin agaknya! Hehehe..

 

 

 

Sumber:Murai